11 March 2009

PASTI WP Soccer & Netball Tournament

7 hb Mac yang lalu, Mohamad Hazim telah mewakili sekolah PASTI AN-NUR di kejohanan bola sepak peringkat Wilayah Pesekutuan.

Setiap sekolah  menghantar satu pasukan dan acara tahunan ini telah di adakan di padang PPR kerinchi yang mana Lembah Pantai menjadi tuan rumah.

Setiap pasukan telah bermain 2 perlawanan pusingan seterusnya pasukan yang menang layak ke separuh akhir. Pelawanan 4 pasukan tersebut menentukan 2 pasukan perlawanan akhir yang sengit.

Pasukan yang sama kuat dan sama handal iaitu  PASTI NURUL IMAN dan PASTI As-Salam telah bermain dengan penuh semangat kesukanan dan telah mendapat sokongan padu dari setiap penyokong masing-masing dengan berkeputusan PASTI As-Salam menang 3-2,  mengekalkan kejuaraan yang telah dimenangi pada tahun lalu.

Pasukan yang yang kalah pada peringkat separuh akhir pula bermain bersungguh-sungguh untuk penentuan tempat ketiga dan ke-empat. Pasukan Hazim - PASTI AN-NUR delah memenangi perlawan tersebut dengan dengan 3-0 dengan itu mendapat tempat ketiga kejohanan.

Sungguh membanggakan sekali kerana Kempat-empat pasukan yang telah layak keseparuh akhir adalah pasukan tuan rumah - Lembah Pantai. Sekalung tahniah dan pujian keatas usaha gigih dan tekun cikgu, ustazah, ustaz serta semua yang terlibat melatih bakat-bakat muda pemain bola sepak PASTI. Semoga tidak jemu terus mendidik anak-anak bangsa samada dalam pendidikan atau sukan. Begitu juga semoga anak-anak PASTI juga akan terus bersemangat cemenrlang dalam pelajaran dan cergas dalam sukan.

Semangat kesukanan dan setiakawan dapat dilihat dengan jelas dari kejohanan tersebut. Sekiranya ada pemain terjatuh atau dijatuhkan, mereka akan sama-sama membantu walau dari pasukan jersi lawan. Adab bersalam sebelum dan selepas bermain juga diterapkan dengan baik dan pasti telahpun dipraktiskan sepanjang tempoh berlatih. Semoga sifat dan adab yang baik boleh terus dipraktiskan sepanjang masa dan dimana-mana oleh ana-anak PASTI kita.

Juara kejohanan ialah PASTI As-Salam (jersi biru) dan akan mewakili Wilayah Persekutuan untuk tournament peringkat negeri yang dijangka pada 27-28 Jun 2009.

Pusingan 1

 Pusingan 2

 Separuh Akhir

Penentuan tempat ke3 dan ke4

No comments:

Post a Comment